Latest posts

Selamat Hari Raya

On: Tuesday, September 29, 2009

Adui hai..tension sungguh aku rasa..apa taknya balik dari kampung hajat dihati nak update video baru..alih-alih komputer pulak diserang virus. Terpaksa la aku format komputer kesayangan aku ni.Terus tak jadi nak update blog..tensionnnn!!!!..bagi yang nak tengok video baru tunggu la ek..sebab aku tengah takde mood sekarang ni.Tunggu la mood aku datang balik..hehehe..Apa-apa pun aku rasa tak terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya untuk peminat band indie semua.Raya baru ni best sebab ada kat TV ada siarkan band indie. Jadi takde masalah la kalau korang tak tengok video kat blog aku ni. So...nanti ni aku akan publishkan video yang best-best untuk korang semua..Okey gengs..Chow dulu...

Indie Band Malaysia

On: Sunday, September 13, 2009

Aku rasa dah banyak sangat aku ceritakan pasal indie-indie band luar negara seolah-olah dah terlupa yang negara kita malaysia ni ada juga band-band indie yang tak kurang hebatnya. Kat sini aku nak minta maaf kat peminat indie band malaysia semua sebab aku bukan tak nak bercerita tentang mereka(band-band indie malaysia) semua tetapi aku mengandaikan yang korang semua dah sedia maklum dan lebih tahu hal mereka semua. Aku bukannya tak suka atau minat kat band-band indie malaysia malah aku tabik dan respek kat diorang sebabnya berani membawa satu perubahan terhadap industri muzik kat tanah air kita ni. Tak de ler selama ni kita asyik dengar muzik meleleh je kan. Jadi kali ni aku nak berkongsi pandangan dengan korang semua la. korang bagi la apa-apa komen kat band-band indie yang bertapak kat malaysia ni. Tak kira la korang suka ataupun tak kat band-band indie ni. Bagi yang tak minat kat band-band indie ni dialu-alukan untuk memberi komen bukannya apa untuk kemajuan band indie tempatan gak. Betul tak?




Aku rasa tiga indie band ni yang popular kat malaysia. Yang lain bukannya popular..popular juga..tapi aku yang rasa yang tiga lebih dikenali..bagi pendapat aku la...so korang bagi la apa-apa pandangan terhadap indie band ni...

Starsailor-Four To The Floor

On: Friday, September 11, 2009

Okey geng..kali ni aku nak kongsi satu band indie yang aku rasa korang semua dah kenal dan dengar tentang band ni. Band yang aku maksudkan ialah "starsailor". Mesti korang penah dengar kan?So..aku sediakan kat korang semua satu video muzik dari starsailor yang tajuknya "four to the floor".



The Cribs - Ignore The Ignorant

On: Wednesday, September 9, 2009

Okey...kali ni aku kongsi dengan korang semua satu lagi indie band iaitu THE CRIBS. Band ni membawa irama berbentuk indie rock, Post-Punk Revival. Asal Indie Band ni kat Wakefield, New yorkshire, England. Indie rock band ni mula aktif pada tahun 2001. Anggota "The Crids" terdiri daripada empat orang iaitu Gary Jarman, Ryan Jarman, Ross Jarman dan Johnny Marr. Nak kata best tu aku sendiri pun tak tau best ke tak indie rock band ni. Tapi boleh la tahan. Nak tau best ke tak korang cuba la dengar sendiri. Pastu pakat-pakat la komen.

Indie Band Baru-The Junction

On: Sunday, September 6, 2009

Aku tak tau la kalau korang dah dengar ke belum band ni. Tapi aku rasa tak ramai yang dengar band. "THE JUNCTION" merupakan salah satu indie band yang lahir kat Brampton, Ontario, Canada. Kira diorang ni band dari Canada la. Anggota band ni terdiri daripada tiga orang dan mereka ialah Brent Jackson (Vocals, guiter), Michael Tylor (Drums) dan Matthew Jameson (Bass). Band ni membawa irama berbentuk Indie Rock, Alternative Pop/Rock. Band ni telah menerbitkan 3 Ep's yang berjudul "white and orange", "three singles" dan "with comes tommorow". Album mereka antara ialah "The Junction" dan yang terbaru "Another Link in Chain". Band ni turut melancarkan tiga single yang bertajuk "Components of four", "Frequencies" dan "My love was there". Okey setakat ni je dulu, nanti aku cari lagi band-band indie yang lain untuk korang dengar. Aku tinggal satu muzik video dari The Junction yang bertajuk "My love was there" ni untuk korang tatapi.


The Junction-Music Videos